New Balance Malaysia Mohon Maaf Isu Kasut Kulit Babi




Senseviti sesuatu kaum dan keseluruhanya perlulah diambil kira. Jangan hanya mementingkan keuntungan. Kalau la kene boikit dengan pengguna nanti kan susah. Tolong peka dan jangan jadik PEKAK ~!




KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari lalu, kasut keluaran 'New Balance' mula mencuri tumpuan di media sosial.

Semuanya gara-gara salah sebuah butiknya di Pulau Pinang yang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam.



Ini kerana, kasut yang diperbuat daripada kulit ba.bi diletakkan di ruang hadapan premis kedai tanpa amaran diletakkan dengan jelas.

Hari ini menerusi akaun rasmi Facebook 'New Balance Malaysia', mereka memohon maaf dan mengakui tindakan serius sudah diambil.




Pengedar New Balance Malaysia berjanji akan mempamerkan papan tanda dengan tulisan bersaiz besar untuk produk yang menggunakan kulit ba.bi. Kedudukan papan tanda juga akan diletakkan pada kedudukan yang senang dilihat dan digantung bersama kasut buatan kulit haiwan berkenaan.






Malah, kasut yang menggunakan kulit ba.bi akan dibalut dengan plastik.

Mereka turut menjelaskan, kebanyakan kasut yang dibuat di Amerika Syarikat dan UK adalah menggunakan kulit ba.bi. Namun, sebanyak 574 model termasuk kasut larian, bersukan dan gym tidak menggunakan kulit haiwan dan boleh digunakan oleh pengguna Islam. -


P/S: Berniaga tak salah, tapi beragak - agaklah. Sebab bukan semua orang boleh terima dengan ape yang kita jual. Berfikir secara rasional dan bukan mencabar situasi semasa. 



0 Response to "New Balance Malaysia Mohon Maaf Isu Kasut Kulit Babi"

Post a Comment