Jika sebelum ini Juliana Evans dikatakan pernah bercinta dengan pelawak terkenal, Zizan Razak, kali ini kami terdengar ura-ura bahawa gadis kacukan ini menjalin hubungan istimewa dengan pelantun lagu Apa Khabar, SonaOne.
Malah, SonaOne juga mendedahkan bahawa hubungan mereka lebih daripada teman biasa. Tapi, adakah Juliana mengakui kenyataan yang dikeluarkan oleh SonaOne?
Jumpa Lapan Tahun Lalu
“Sebenarnya, saya dan dia (Sonaone) sudah lama mengenali antara satu sama lain. Kami pertama kali berjumpa lapan tahun lalu ketika saya dan dia kebetulan bertemu di tempat uji bakat bagi sebuah iklan komersial. Kami tidak rapat, tetapi jika bertemu, kami sering berkongsi cerita mengenai hal kerja sahaja.”
Kerap Luang Masa Bersama
“Saya dan dia mempunyai banyak teman yang saling mengenali antara satu sama lain. Kebanyakan rakan kami adalah daripada keluarga syarikat rakaman Kartel Records. Jadi, kami dilihat kerap meluangkan masa bersama.Jika keluar bersama, kami tidak keluar berdua, malah rakan-rakan lain turut bersama kami. Di samping itu, kebelakangan ini, kami sering bekerjasama bersama termasuk sesi fotografi.”
Tiada Apa yang Istimewa Dalam Perhubungan Kami
Klik SINI untuk lihat aksi comel mereka ~!
“Buat masa sekarang, saya selesa bersahabat dengan dia. Tiada apa yang istimewa dalam perhubungan kami. Apa yang boleh saya nyatakan ialah kami masih lagi dalam peringkat teman rapat sahaja.
Saya terima seadanya. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai hal tersebut. Kami masih di peringkat mengenali hati budi masing-masing. Jika ada jodoh tidak ke mana.”
Klik sini untuk kembali ke halaman terdahulu. >> ENTER <<
0 Response to "Juliana Evans Kini Bercinta Dengan SonaOne?"
Post a Comment