Malu Terjatuh, Presiden Zimbabwe Gantung Tugas 27 Pengawal





Kerana kegagalan menjaga keselamatan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, sehingga menyebabkan figura yang dikenali sebagai seorang diktator terjatuh, seramai 27 pegawal peribadi telah digantungkan tugas serta merta.

International Business Times melaporkan, Mugabe, 90, jatuh tersungkur ketika menuruni podium setelah selesai memberi ucapan kepada penyokong yang hadir menyambut ketibaan penerbangannya dari Ethiopia.



Setelah dia terjatuh barulah para pengawalnya mula mengerumuni untuk membantu akan tetapi semuanya sudah terlambat.

Ada antara mereka yang memaksa jurugambar memadamkan foto-foto yang diambil ketika itu agak tidak memalukan Mugabe tetaou ternyata ia tidak berjaya menghalang detik-detik memalukan presiden itu dari tersebar ke seluruh dunia.

Sumber sahih mengatakan, kejadian tersebut telah menyebabkan keputusan pergantungan tugas seramai 27 pengawal Mugabe yang dianggap gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Situasinya mudah. Kumpulan sekuriti berkenaan dilihat ‘tidur’,” ujar sumber itu.

“Banyak bahagian disiasat setelah kejadian tersebut berlaku, daripada Air Zimbabwe (syarikat penerbangan) sehinggalah ke sekuriti. Segelintirnya mungkin akan dipecat.”







P/S: Tak wajar rasanya pengawal itu dipecat, hanya tersadung. Melampau sangat nak di gantung kerja. 


0 Response to "Malu Terjatuh, Presiden Zimbabwe Gantung Tugas 27 Pengawal"

Post a Comment