Cerita pentas "Politik Malaysia" pelbagai warna
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mendakwa ada pihak menggodam telefon bimbitnya dan menyebarkan arahan supaya penyokong yang hadir merempuh sekatan pihak berkuasa di hadapan Istana Kehakiman di sini.
Sambil mendakwa ia konspirasi terancang pihak berkepentingan, Rafizi menolak kesahihan arahannya menerusi SMS berkenaan.
“Ini bukan sesuatu yang dibuat oleh ‘macai', tetapi orang yang ada kaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi atau pihak berkuasa.
“Maknanya mereka sudah siap sedia untuk fitnah kita dan ambil tindakan undang-undang kalau ada apa-apa (insiden tak diingini) berlaku,” dakwanya mengenai telefon bimbitnya yang digodam sebelum mahkamah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah, Selasa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas keputusan rayuan terakhir kes liwat II Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan diumumkan panel lima hakim, Selasa.
Rafizi menerusi tweetnya pula menyebut: "Telefon bimbit saya digodam, kononnya ada SMS dihantar dari nombor saya ajak rakyat merempuh. kalau dapat delete, itu mainan Umno."
Bagaimanapun, beliau mengambil pendirian untuk tidak membuat laporan polis kerana bimbang telefonnya diambil dan dia ditahan.
Pada Selasa, Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari dan Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Keputusan rayuan Anwar itu diumumkan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
P/S: Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia
0 Response to "‘Macai’ Tak Godam Telefon Bimbit - Rafizi"
Post a Comment