Anak ketiga pemain bolasepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak telah lahir pada 5 Februari lepas di Hospital Columbia Klang. Bayi comel itu diberi nama Ayden Zeeyad dan merupakan anak pertama Aidil dengan isterinya Zarema Zainal. Sewaktu lahir, berat Ayden ialah 2.8 kg.
Kredit gambar ini ialah kepada Facebook Momenthis Still & Motion (www.facebook.com/momenthis ) dan instagram @amridaud (www.instagram.com/amridaud).
Beberapa hari lepas, kami mendapat berita bahawa isteri Aidil Zafuan iaitu Zarema Zainal sudah selamat bersalin bayi pertama mereka pada tanggal 5 Februari di Hospital Colombia Klang.
Ramai tertanya-tanya apakah berita tersebut benar kerana tiada pengumuman yang dibuat baik daripada pihak Zarema ataupun Aidil. Walaubagaimanapun, sebentar tadi foto anak lelaki mereka telah dimuatnaik di laman Instagram juga mendapat perkongsian daripada jurugambar rasmi Camora Arts.
Camora Arts telah diberi tanggujawab untuk merakam detik indah pemain bola sepak JDT tersebut bersama isteri serta anak lelaki mereka Ayden Zeeyad.
Sesi fotografi dijalankan di kediaman keluarga Zarema di Klang sewaktu Ayden Zeeyad baru sahaja berusia 5 hari.
Dengan tema Baby Dreamy Photography ia merupakan konsep ala cerita dongeng atau “fairy tales” untuk bayi ataupun kanak-kanak yang sedang tidur.
P/S: Salah satu nikmat alam perkahwinan adalah ANAK. Bersyukurlah kita mempunyai zuriat. Sedangkan orang lain berusaha bermati - matian untuk memperoleh zuriat
0 Response to "Kelahiran Ayden Zeeyad, Bayi Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal Di Hospital Columbia"
Post a Comment