Apa dah jadi ni... heboh sana sini ckp Ifa mulut jahat.. media oh media.. jangan la menaya orang.. dajal betul
Ramai jua yang terkejut dengan kenyataan Ifa Raziah mengenai kemunculan semula Amelina sehingga dia menerima kritikan orang ramai.
Ramai beranggapan dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu yang dianggap mencerminkan perasaan dengki dan iri hati terhadap Amelina yang terlebih dahulu mencipta nama sebagai penyanyi dangdut pada pertengahan 90-an.
Malah, Ifa dianggap mengeluarkan komen sebegitu kerana merasakan dirinya tergugat dengan kemunculan semula Amelina.
Namun begitu, juga melalui Harian Metro, Ifa mendakwa kenyataanya telah dimanipulasikan sehingga memberi maksud yang berlainan.
Saya terkilan sampai boleh jadi macam ini. Lain yang saya cakap, lain yang keluar. Bila orang baca sudah tentulah akan anggap saya jahat dan dengki dengan kemunculan semula Amelina dalam nyanyian sedangkan saya tidak bermaksud begitu.Kalau tidak dibetulkan keadaan, nanti tak pasal-pasal pula kami bermasam muka pula sebab salah faham.Mengapa pula saya nak iri hati sedangkan kami ada peminat masing-masing. Tapi saya yakin Amelina bukan jenis yang mudah melatah sebab kami sudah lama kenal perangai satu sama lain
Nasib baiklah Amelina enggan ambil pusing mengenai kenyataan tersebut. Sama ada kenyataan tersebut telah dimanipulasikan hanya pihak berkenaan yang tahu.
Diharap Ifa akan lebih berhati-hati dalam memberikan kenyataan mengenai selebriti lain selepas ini untuk mengelakkan salah faham dan membangkitkan kemarahan orang ramai pula. Good luck, Ifa Raziah.
P/S: Ini da kes naya.. manipulasi ayat oleh media. Biasa berlaku mende ni. Tapi tu la.. nak laris cerita.. p fitnah orang. Berdosa okek !!
0 Response to "Isu Comeback Amelina: Lain Yang Saya Cakap, Lain Yang Keluar – Ifa Raziah"
Post a Comment