Madu yang di harap, TAHI yang di terima.. ngeriii ngerriii
Sandakan: Impian seorang lelaki dari Semenanjung bertemu kekasih hati dikenali melalui laman sosial Facebook bukan saja berkecai, malah kerugian RM10,000 selepas wanita berkenaan tidak muncul dan panggilan telefon tidak dijawab.
Difahamkan, lelaki dikenali sebagai Mohd Noor berusia 30-an itu dikatakan tiba di Lapangan Terbang Sandakan di sini, kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, untuk bertemu ahli keluarga teman wanitanya dipercayai untuk merisik dan melangsungkan pertunangan.
Sebelum tiba di daerah ini, mangsa dipercayai memasukkan RM10,000 seperti diminta wanita terbabit dengan alasan untuk membuat persediaan majlis pertunangan mereka.
Sebaik menjejakkan kaki ke daerah ini, mangsa terus menghubungi teman wanitanya, tetapi tidak dijawab sebelum talian telefon bimbit dimatikan.
Mangsa yang buntu dilihat berlegar-legar tanpa tujuan di sekitar lapangan terbang itu sehingga petang sebelum disedari orang ramai.
Selepas mendapati mangsa ditipu, orang ramai membawa lelaki itu ke balai polis untuk membuat laporan dan mendapatkan bantuan. - malay-power.blogspot.com
P/S: Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu dan kata - kata manis, sebab apa yang di janji kalau belum sampai depan mata jangan percaya. Berapa ramai dari kamu yang membaca ni dah terkene bende macam ni. Baik ngaku cepat :)
0 Response to "Cinta suci lebur di lapangan terbang, RM10,000 hangus ditipu kekasih Facebook"
Post a Comment