Ayda Jebat Ditegur Wajah Sudah Sama Seperti Rosnah Mat Aris



Hahaha tengok tajuk pun da lawak kan.. hehe Rosnah pun cantik juga.. pandai je korang ni kan.. hahaha



 Perkara ini diakui sendiri oleh Ayda Jebat apabila ditegur oleh rakan-rakan pelakon yang menyatakan wajahnya sudah tembam. Itu baru berat badan naik 2 kilogram. Kalau naik 5 kilogram jadi macam muka sapa pulak?


 Kata Ayda:-
Berat badan saya 45 kilogram dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa.
Ia naik dalam dua kilogram sahaja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris.


Muka saya sudah bulat ditambah pula rambut palsu yang tidak sesuai memang lagi buruklah jadinya. Pengarah ada tegur perkara itu, namun itu sahaja pilihan yang ada, lagi pula watak yang saya bawa itu memang memerlukan saya menjadi hodoh.
Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet.
Sebab dia sudah beri amaran supaya tidak kelihatan seperti Rosnah Mat Aris ketika dalam skrin nanti.






P/S: So Ayda... diet sikit k.. ramai cakap awak duplicate Rosnah.. tak salah pun.. just cari identiti awak sendiri k :)

0 Response to "Ayda Jebat Ditegur Wajah Sudah Sama Seperti Rosnah Mat Aris"

Post a Comment