Selain selfie di dalam kereta ketika waktu jalan sesak, dimanakah lagi menjadi tempat kegemaran anda untuk mengambil gambar wajah anda yang mulus lagi suci itu? Jom ikuti kami untuk mengetahui 10 lokasi selfie paling favourite di dunia. Ya, nombor 11 ialah gambar anda selfie di dalam kereta.
1. Tempat pertama yang menjadi lokasi selfie paling terulung adalah Eiffel Tower! (10,700 selfie)
2. Disney World Florida mencatat 9,870 selfie daripada tahun 2010 sehinggalah 2015.
3. Lokasi mewah Burj Khalifa menduduki tempat ketiga dengan jumlah 8,860 selfie
4. Big Ben di London sememangnya menjadi tempat wajib selfie8,780
5. Walaupun nampak macam pagar besi, tetapi Empire State Building di New York ini mencatat 8,430 selfie
6. Sagrada Familia yang terletak di Barcelona merupakan sebuah gereja yang didirikan sejak tahun 1882 dan dijangkakan siap pada tahun 2026. Fuh, lama lagi. (4,970 selfie)
7. Mencatat 4,740 selfie, Disneyland di Paris memang menjadi tumpuan pelancong
8. Jika anda jejak kaki di kota Rome, lokasi ini merupakan lokasi wajib selfie (4,670 selfie)
9. Rock of The World – kami yakin ramai yang selfie di sini kerana dapat ambil gambar keseluruhan kota New York (4,290 selfie)
10. Ternyata memang ramai pelancong yang datang ke sini, London Bridge mencatat 3,820 selfie
Jadi, di manakah lokasi anda selalu selfie selain di restoran dan juga di dalam kereta?
0 Response to "10 Lokasi Selfie Paling Menjadi Tumpuan Di Seluruh Dunia"
Post a Comment