Kopi sering kali di sama ertikan dan sinonim dengan maksud "orang lama" tapi tahukah anda, dari tahun ke setahun, kopi di perbaharui dan ditambah baik dengan pelbagai "design" dan perisa baru. Kopi adalah minuman "VIRAL" abad ini !!
Anda suka minum kopi? Kopi o tanpa gula atau kopi susu?
Siapa sangka rupanya cara penyediaan kopi juga banyak dipengaruhi oleh budaya dan masyarakat di sesebuah negara.
Kami bawakan 14 cara bagaimana kopi disediakan dari serata dunia. Anda juga boleh cuba buat sendiri di rumah kesemua 14 cara ini.
1. Kopi Indian Filter Style

Ingat teh je boleh tarik kaw-kaw? Kopi pun boleh tarik sampai naik buih. Indian style okey.
2. Greek Frappe

Kegemaran masyarakat Greece dimusim panas. Kopi campur susu letak ais. Malaysia sentiasa musim panas sepanjang tahun. Boleh cuba ni.
3. Flat White

Ini kopi kegemaran di Australia dan New Zealand, tapi ia bukan everyday latte. Ia campuran kopi dan susu berkrim. Macam sedap je.
4. Espresso Romano

Cara orang Itali sediakan kopi di pagi hari – perah lemon dalam air kopi dan minum. Apa rasanya ye? Esok pagi nak cuba lah!
5. Cortado

Cortado is Spanish for Cut coffee style. Ia popular bukan hanya di Spanyol tapi juga di Portugal dan Amerika Latin. Sediakan kopi espresso, kemudian tuang susu sejuk perlahan-lahan sambil buat bentuk bunga, daun atau apa-apa bentuk mengikut kreativiti.
6. Eiskaffe

Cara orang Jerman sediakan kopi. Campuran aiskrim, kopi, espresso dan letak coklat sebagai topping. Nak lagi nampak sedap letak biskut. Cuaca panas sedap minum ni.
7. Yuanyang

Ini resepi dari China pula. Campurkan teh, kopi dan susu pekat manis dalam air panas. Kacau, sedia diminum.
8. Cafe de Olla

Di Mexico, serbuk kayu manis dan gula perang dicampurkan dengan kopi untuk rasa yang umph!
9. Kopi Tradisional Irish

Cara penyediaan kopi ini khabarnya agak susah dan memerlukan kepakaran. Kebanyakan cara penyediaan kopi ini memerlukan gula perang dan whipped cream untuk mendapatkan rasa yang benar-benar sedap.
10. Kopi Turki

Orang Turki sediakan kopi dengan cara serbuk kopi di masak bersama air dan gula dalam cerek kecil. Katanya supaya rasanya lebih kaw-kaw.
11. Cafe au Lait

Minum kopi gaya Paris pulak lah. Campur kopi dan susu. Ini dah biasa kan?
12. Cafe Cubano

Citarasa warga Cuba. Kopi disediakan bersama makanan Cuba. Lapisan atas kopi diletakkan creamer manis.
13. Kopi Vietnam

Khabarnya sesiapa yang travel ke Vietnam memang tak sah jika tak cuba kopi Vietnam. Kopi dibiarkan menitis ke dalam gelas yang berisi susu pekat manis. Err.. berapa lama nak tunggu penuh 1 gelas ye?
14. Kopi Vienna

Kopi merupakan minuman kegemaran di Vienna. Adunan kopi ini adalah espresso pekat, whipped cream dan serbuk kayu manis. Tengoklah tu, melimpah keluar wa cakap lu.
Bagaimana dengan kopi di Malaysia? Kami rasa kopi negara kita tak kurang hebatnya. Kopi 5 dalam 1, 10 dalam 1 semua ada. Macam-macam bahan dicampur dalam kopi. Tapi awas, jangan terbeli kopi beracun pula.
P/S: Admin minat gila Kopi O. Pagi - pagi mesti pekene Kopi O dulu baru leh fikir dan memulakan tugas mengepost content kedalam blog. huhu
0 Response to "14 Cara Sediakan Kopi Yang Sedap. #13 Paling Unik!"
Post a Comment